Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula melaksanakan kursus dan latihan untuk kakitangan DBKL sejak tahun 1979 di bawah Bahagian Latihan Jabatan Personel. Kursus- kursus yang dilaksanakan di peringkat awal adalah berkaitan dengan bidang penguatkuasaan dan sistem kerja jabatan-jabatan di DBKL. Pada 1 Jun 1982, sebuah bangunan Institut Latihan Kakitangan DBKL (IDB) telah dibina dan beroperasi di Jalan Kepong, Jinjang. Pada 1 Julai 2011 IDB telah berpindah di Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram), Bandar Tun Razak Cheras.

Selaras dengan hasrat untuk mengukuhkan peranan Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang bukan sahaja menawarkan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran modal insan warga DBKL, pentadbiran DBKL telah memutuskan agar IDB akan melapor terus kepada Pengarah Eksekutif (Pengurusan) bagi memperkasa peranan IDB dalam bidang pembangunan dan penyelidikan berkuatkuasa pada 2 Januari 2020.