Syarat-Syarat Tempahan Fasiliti |
- PERMOHONAN
- KAFATERIA
- Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) bulan dari tarikh penggunaan.
- BILIK ICT / AKADEMIK DAN DEWAN MESTIKA
- Bagi Jabatan dalaman DBKL, tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya empat belas ( 14 ) hari dari tarikh penggunaan.
- Bagi Agensi luar, tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga puluh ( 30 ) hari dari tarikh penggunaan.
- Dimaklumkan bahawa waktu untuk raptai dijalankan adalah mengikut waktu pejabat sahaja (8.00 pagi - 5.00 petang).
- Majlis Raptai akan dikenakan caj seperti kadar sewaan.
- BAYARAN SEWA
- Bayaran penyewaan perlu dijelaskan dalam tempoh 1 (satu) bulan dari tarikh penggunaan.
- Pembayaran hendaklah dibuat dikaunter-kaunter DBKL dan mengemukakan resit pembayaran yang asal (1 salinan hendaklah diserahkan kepada IDB) sebagai bukti pembayaran.
- WANG CAGARAN
- Bayaran cagaran (deposit) perlu dijelaskan bersama dengan bayaran sewaan.
- Wang cagaran akan dirampas sepenuhnya sekiranya terdapat kerosakan yang disahkan berlaku akibat daripada aktiviti yang dijalankan termasuk kerosakan dan kekotoran yang ditinggalkan oleh pihak katerer.
- Bayaran tambahan akan dikenakan bagi baki nilai kerosakan yang melebihi nilai wang cagaran.
- Wang cagaran akan dikembalikan dalam tempoh satu (1) bulan tertakluk kepada pengesahan tiada kerosakan.
- PEMBATALAN TEMPAHAN
- Pihak IDB berhak membatalkan tempahan/sewaan sekiranya :
- Gagal mengemukakan bayaran sewaan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Terdapat penganjuran atau aktiviti utama anjuran DBKL.
- Berlaku kerosakan yang diluar jangkaan atau kerja-kerja baikpulih.
- Pembatalan bagi perkara i akan menyebabkan wang cagaran dirampas tanpa sebarang notis.
- Sekiranya berlaku pembatalan untuk perkara ii dan iii, wang cagaran akan dikembalikan dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pembatalan.
- Pihak Penyewa/Pengguna
- Penyewa dikehendaki mengemukakan surat pembatalan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penggunaan yang ditempah. Kegagalan memaklumkan pembatalan tempahan dalam tempoh tersebut akan menyebabkan wang cagaran dirampas tanpa sebarang notis.
- SEWAAN KEPADA PIHAK KETIGA
- Penyewa samada orang perseorangan/persatuan/organisasi adalah dilarang sama sekali menyewakan fasiliti IDB kepada pihak ketiga.
- Tindakan tatatertib akan diambil serta merta sekiranya terdapat bukti berlakunya kesalahan tersebut.
- TEMPAT LETAK KERETA
- Tempat Letak Kereta yang disediakan adalah berjumlah 100 petak (basement). Penyewa perlu memastikan supaya tidak berlaku kesesakan lalu lintas dalam tempoh penyewaan.
- PEMUNGGAHAN BARANGAN
- Bagi tujuan persiapan, waktu pemunggahan yang dibenarkan adalah pada tarikh penggunaan atau sehari sebelum tarikh penggunaan iaitu selepas jam 6 petang.
- Penyewa perlu mengosongkan tempat selewat-lewatnya jam 10 malam pada hari yang sama.
- Penyewa hendaklah menggunakan kawasan yang dikhaskan sahaja menggunakan lif kargo untuk urusan pemunggahan barang-barang.
- KEBERSIHAN
- Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebersihan tempat penyewaan selepas selesai program dan pihak IDB berhak merampas wang cagaran sekiranya tahap kebersihan tempat penyewaan tidak memuaskan sehingga menyebabkan lialibiti kepada IDB.
- TANGGUNGAN PENYEWA
- Penyewa adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini sepanjang tempoh penyewaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat tuntutan daripada mana-mana pihak yang terlibat.
|
Peralatan Bilik |
Senarai Fasiliti Dan Kemudahan di IDB |
1) Kemudahan Dan Peralatan (Terbuka kepada Pemohon GLC / NGO / Badan Kerajaan) |
Bil |
Tempat |
Peralatan |
1 |
Dewan Perdana Mestika |
1. Set PA Sistem ( 2 Mic) 2. 2 Unit Projektor 3. Kerusi (1000 Max) 4. Rostrum 5. Pentas (24'X 18) 6. Meja (Pendaftaran) 7. Bilik Vip 8. Bilik Urusetia |
2 |
Kafeteria (Kakitangan / Pesara DBKL sahaja) |
1. Kerusi + Meja Makan |
3 |
Bilik ICT |
1. 25 Set Komputer (Peserta) 2. 1 Unit Projektor 3. 1 Set Komputer Untuk Penceramah 4. White Board |
4 |
Bilik Akademik |
1. 1 Set Komputer Untuk Penceramah 2. 1 Unit Projektor 3. Kerusi Flip/Meja 4. White Board 5. 1 Set PA Sistem (1 Mic) |
|
Kaedah Pembayaran |
|
Saya bersetuju dengan syarat-syarat berikut. |
|