SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PEMBANTU PENILAIAN W19
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (KOD SKIM : C2771)
 
SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PEMBANTU PENILAIAN W19
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
(KOD SKIM : C2771)
1. TARIKH SUKATAN PEPERIKSAAN DILULUSKAN OLEH DBKL
01/01/2020
2. MATLAMAT SUKATAN
Menguji kefahaman dan pengetahuan Pembantu Penilaian W19 dalam bidang berkaitan.
3. TUJUAN PEPERIKSAAN
Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pelaksana Gred 19 yang dilantik:
i) Secara Terus
4. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Pembantu Penilaian W19 yang belum disahkan dalam jawatan.
5. SUKATAN

KOD SKIM / SUBJEK KERTAS II - SUBJEK JABATAN PEMBANTU PENILAIAN W19
   
C2771 / PN771 1.     Penilaian
         a.     Pengenalan kepada harta tanah
                (i)     Definisi
                (ii)    Jenis-jenis harta tanah
                (iii)   Jenis, kepentingan harta tanah
                (iv)   Harta tanah sebagai pelaburan
                (v)    Ciri-ciri harta tanah
                (vi)   Peranan Penilai di dalam industri harta tanah
   
         b.     Prinsip asas dalam aplikasi Kaedah Perbandingan, Kaedah Pelaburan, Kaedah Nilai Baki, Kaedah
                 Kos, Kaedah Keuntungan
   
         c.     Asas Nilaian
                (i)     Nilai Pasaran
                (ii)    Nilai Kegunaan Semasa
                (iii)   Nilai Potensi
                (iv)   Konsep Pengertian Nilai, Harga dan Kos
                (v)    Faktor-faktor mempengaruhi nilai harta tanah
   
         d.     Penilaian Kadaran
                (i)     Pengertian Nilai Tahunan dan Nilai Tambah
                (ii)    Prinsip Penilaian Kadaran : Rebus Sic Stantibus, Aras Nilaian dan Penyewa Hipotesis.
                (iii)   Senarai Nilaian
                (iv)   Pengecualian Kadar
                (v)    Pengumpulan maklumat menggunakan sistem e-pbt/e-pelan
   
         e.     Lain-Lain Maksud Penilaian
                (i)    Sumbangan Membantu Kadar
                (ii)    Pengambilan Tanah
                (iii)   Nilai Pasaran
                (iv)   Sewa Pasaran
                (v)    Insuran
   
  2.     Pengurusan Harta
   
         a.     Pengurusan Bangunan
                (i)     Perjanjian penyewaan
                (ii)    Penamatan penyewaan
                (iii)   Penyelenggaraan Bangunan
   
         b.     Pengurusan Tanah
                (i)     Proses permohonan tanah
                (ii)    Jenis-jenis hakmilik
                (iii)   Pewartaan
                (iv)   Bayaran Cukai Tanah
                (v)    Penyewaan Tanah
   
         c.     Hakmilik Strata
                (i)     Proses permohonan hakmilik strata
                (ii)    Perbadanan Pengurusan
                (iii)   Jadual Kedua
   
         d.     Pesuruhjaya Bangunan (COB)
                (i)     Peranan, fungsi dan kuasa
                (ii)    Badan Pengurusan Bersama
                (iii)   Hak dan obligasi pemilik petak
                (iv)   Jadual Pertama
   
         e.     Data Perbandingan
                (i)     Analisa data untuk Kaedah 
                (ii)    Perbandingan dan Kaedah Kos
                (iii)   Perkara yang perlu diberi pehatian dalam mendapatkan perbandingan bagi maksud penilaian.
   
  3.     Teknologi Bangunan dan Penyenggaraan Bangunan
         a.     Fungsi dan elemen bangunan meliputi asas, dinding, lantai, bumbung dan siling.
         b.     Jenis-jenis bahan binaan dan kemasan bangunan meliputi :-
                (i)     Lantai, dinding, siling dan kriteria pemilihan
                (ii)    Jenis batu-bata dan ciri-cirinya 
                (iii)   Kayu dan produknya termasuk pengawetan dan pengeringan
                (iv)   Jenis simen, konkrit dan agregatnya
                (v)   Singkatan istilah untuk bahan binaan dan kemasan bangunan
         c.     Organisasi penyenggaraan bangunan
         d.     Penyenggaraan bangunan
                (i)     Jenis kecacatan bangunan yang lazim termasuk pemeriksaan, pembaikan dan pencegahan kecacatan
                        bangunan.
         e.     Perkhidmatan bangunan
                (i)     Elektrik
                (ii)    Bekalan air dan sanitari
                (iii)   Penghawa dingin
                (iv)   Lif dan escalator
         f.     Kos penyenggaraan bangunan
   
  4.     Pemetaan
         a.     Lukisan keratan rentas bahagian atau keseluruhan bangunan beserta ukuran.
         b.     Tatacara dan persembahan lukisan teknik, jenis skala, cara membuat skala, membesar dan mengecilkan
                 skala.
         c.     Lukisan simbol piawai dalam pelan.
         d.     Penggunaan matematik dalam bidang binaan bangunan.
                (i)     Mendarab dan membahagi perpuluhan dan pecahan
                (ii)    Kadar dan nisbah
                (iii)   Peratus dan purata
         e.     Pemetaan
                (i)     Jenis peta yang ada
                (ii)    Pengiraan keluasan, jarak, ketinggian dan isipadu
                (iii)   Kontor
         f.     Tafsiran peta
                (i)     Pandangan fizikal
                       -   Bentuk muka bumi 
                       -   Saliran 
                       -   Tumbuhan semulajadi
         g.     Simbol pemetaan
                (i)     Perhubungan seperti simbol jalanraya, keretapi, jeti, lapangan terbang dan lain-lain
         h.     Penempatan
                (i)     Corak penempatan fungsi/peranan Bandar dan luar bandar
         i.     Perlombongan
                (i)     Simbol bijih timah, kuari dan lain-lain
         j.     Pertanian
                (i)     Simbol untuk padi, getah, kelapa, kelapa sawit, nanas dan lain-lain
         k.     Benda buatan manusia
                (i)     Simbol padang tembak, tiang radio, rumah api, bangunan, sempadan, tali air, talian letrik, kolam, 
                        tangki minyak dan lain-lain
   
  Soalan yang perlu dijawab :
   
  Seksyen I :
  Soalan    :   40 (Objektif)
  Markah   :   40%
  Masa      :   1 Jam 
   
  Seksyen II :
  Soalan     :   8 jawab 3 (esei)
  Markah    :   60%
  Masa       :   1 jam 30 minit
   
  Arahan :
   
  Calon-calon tidak dibenarkan merujuk bahan-bahan bacaan / rujukan semasa peperiksaan.
   
6. KEPUTUSAN
Lulus / Kandas
7. PENGECUALIAN
Calon-calon yang telah lulus mana-mana kertas tidak perlu mengulangi kertas tersebut.
8. LANTIKAN PEMERIKSA
Pemeriksa dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
9. BAHASA (SOALAN & JAWAPAN)
Bahasa Malaysia
10. KAEDAH PERMOHONAN
Secara dalam talian di portal idb.dbkl.gov.my
11. PUSAT PEPERIKSAAN
Pusat Peperiksaan akan ditetapkan oleh Unit Penilaian Perkhidmatan dan Kompetensi, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
12. KEKERAPAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan diadakan dua (2) kali setahun.
13. TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Enam (6) minggu sebelum tarikh peperiksaan
14. BAHAN RUJUKAN

1. Pengenalan Penilaian Harta – A.F Millington

2. Introduction To Valuation 3rd edition – D. Richmond

3. Pengenalan Kepada Penilaian – D. Richmond

4. Pengenalan Penilaian Harta Tanah - Fadilah Mohd Taufek

5. Prinsip Penilaian Statut – Ahmad Ariffian Bujang

6. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

7. Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2013 (Akta 757)

8. Akta Pengambilan Tanah 1960

9. Kanun Tanah Negara 1965

10. Akta Hakmilk Strata 1985 (Akta 318)

11. Building Technology – Ivor H. Seeley

12. Binaan Bangunan : Lukisan Kerja Senibina – Mohd Hatta Zainal

13. Teknologi Binaan Bangunan – Tan Boon Tong

14. Draughtmanship : Architectural And Building Graphics – Reekie R. Fraser

15. Kemahiran Geografi dan Tafsiran Peta – Tong Siew Kheng

16. Tafsiran Peta – Wong Yui Kok

17. Asas Kemahiran Geografi SPM – Voon Phing Keong

18. Garis Panduan-01 (Ukur Periksa Harta), MS ISO 9001:2008