SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (KOD SKIM : C5231)
 
SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
(KOD SKIM : C5231)
1. TARIKH SUKATAN PEPERIKSAAN DILULUSKAN OLEH DBKL
01/01/2020
2. MATLAMAT SUKATAN
Menguji kefahaman dan pengetahuan Pembantu Penguatkuasa KP19 dalam bidang berkaitan.
3. TUJUAN PEPERIKSAAN
Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pelaksana Gred 19 yang dilantik:
i) Secara Terus: atau
ii) Melalui Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
4. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Pembantu Penguatkuasa KP19 yang BELUM DISAHKAN DALAM JAWATAN.
5. SUKATAN

KOD SKIM / SUBJEK KERTAS II - SUBJEK JABATAN PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
         
C5231 / PK231   SEKSYEN 1 : PERUNDANGAN
    A. UNDANG-UNDANG AM
      1 Kanun Tatacara Jenayah
      2 Kanun Keseksaan
      3 Akta Keterangan 1950
         
    B   UNDANG-UNDANG DI BAWAH AKTA, KAEDAH DAN UNDANG-UNDANG KECIL WPKL
      1 Akta Kerajaan Tempatan 1976
      2 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
      3 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
      4 Akta Hotel (WPKL) 2003
      5 Akta Hiburan (WPKL) 1992
      6 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
      7 Akta Pengangkutan Jalan 1987
      8 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959
      9 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan (Isyarat Warna dan Jenis) 1959
      10 Perintah Pengangkutan Jalan (Perhentian Teksi)(WPKL) 2007
      11 Kaedah- Kaedah Pengangkutan Jalan (Fi Bai Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor) 2012
      12 Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993
      13 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) WPKL 2016
      14 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Wilayah Persekutuan) 1982
      15 Undang-Undang Kecil Vandalisme (WPKL) 1981
      16 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (WPKL) 1988
      17 Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1992
      18  Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka)(WPKL) 1992                                                           
      19 Undang-undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997
      20 Undang-undang Kecil Perumahan Awam (WPKL) 2000
      21 Undang-Undang Kecil Taman (WPKL) 2012
      22 Undang-Undang Kecil Pasar Borong (WPKL) 2002
      23 Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016
      24 Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016                                   
      25 Undang-Undang Kecil Pelesenan Pasar (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016
      26 Undang-Undang Kecil Larangan Meludah (Wilayah Persekutuan) 2017
      27 Undang-Undang Kecil (Lembu Kerbau) Perbandaran Kuala Lumpur 1968               
         
      SEKSYEN 2 : ATURCARA MAHKAMAH
    A   Peraturan Mahkamah
      1 Peraturan-peraturan umum berkaitan dengan mahkamah                          
      2 Prosedur pengendalian kes di mahkamah – sebutan kes dan perbicaraan
      3 Fungsi setiap individu di mahkamah : Pengadu, Orang Kena Tuduh, Kena Saman, Penguambela, Pegawai Pendakwa, Majistret
      4 Penyediaan Kertas Siasatan 
         
    B Penyiasatan dan Pemeriksaan
      1 Risikan 
      2 Perancangan Serbuan
      3 Pembukaan kertas siasatan
      4 Penyitaan
      5 Pengendalian barang rampasan
      6 Pelupusan barang rampasan 
      7 Penyedisan Kertas Siasatan
         
    C Pendakwaan
      1 Kuasa 
      2 Prosedur mendaftar kes di mahkamah
      3 Pertuduhan 
      4 Permohonan Saman
      5 Permohonan Sapina 
      6 Fakta Kes
      7 Ringkasan Pendakwaan (Prosecution Brief)
      8 Keselamatan Eksibit
      9 Pelupusan Eksibit
         
    SEKSYEN 3 : PERATURAN KERJA
    A. Tatacara Penguatkuasaan
    1 Kaedah-Kaedah Pegawai Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Kelakuan dan Tatatertib) 1992
    2 Arahan Tetap Pegawai Penguatkuasa (Jabatan Penguatkuasaan)
    3 Prosedur Tindakan Penguatkuasaan
    4 Arahan Tetap Senjata Api
    5 Notis Penguatkuasaan
    6 Borang Akuan Sita
    7 Borang Akuan Tunda Kenderaan
         
         
  Soalan yang perlu dijawab :
         
  Seksyen I
  Soalan    :   40 (Objektif)
  Markah   :   40 %
  Masa      :   1 Jam 
       
  .Seksyen II
  Soalan    :   5 jawab 3 (Esei)
  Markah   :   60 %
  Masa      :   1 Jam 30 Minit
         
  Arahan :
         
  * Calon-calon adalah tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan bacaan semasa peperiksaan.
   
6. KEPUTUSAN
Lulus / Kandas
7. PENGECUALIAN
Calon-calon yang telah lulus mana-mana kertas tidak perlu mengulangi kertas tersebut.
8. LANTIKAN PEMERIKSA
Pemeriksa dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
9. BAHASA (SOALAN & JAWAPAN)
Bahasa Malaysia
10. KAEDAH PERMOHONAN
Secara dalam talian di portal idb.dbkl.gov.my
11. PUSAT PEPERIKSAAN
Pusat Peperiksaan akan ditetapkan oleh Unit Penilaian Perkhidmatan dan Kompetensi, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
12. KEKERAPAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan diadakan dua (2) kali setahun.
13. TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Enam (6) minggu sebelum tarikh peperiksaan
14. BAHAN RUJUKAN

1. Akta-akta dan Undang-Undang Kecil seperti mana yang telah dinyatakan dalam sukatan peperiksaan.