SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PENOLONG JURUUKUR J29 /JA29
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (KOD SKIM : B2261)
 
SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PENOLONG JURUUKUR J29 /JA29
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
(KOD SKIM : B2261)
1. TARIKH SUKATAN PEPERIKSAAN DILULUSKAN OLEH DBKL
01/01/2020
2. MATLAMAT SUKATAN
Menguji kefahaman dan pengetahuan Penolong Juruukur JA29 dalam bidang berkaitan.
3. TUJUAN PEPERIKSAAN
Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pelaksana Gred 29 yang dilantik:
i) Secara Terus
4. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Penolong Juruukur JA29 yang BELUM DISAHKAN DALAM JAWATAN.
5. SUKATAN

KOD SKIM / SUBJEK KERTAS III - AMALI PENOLONG JURUUKUR JA29
   
B2261 / PT262 Calon-calon akan diberi 5 (lima) tugasan yang perlu disiapkan dan akan dinilai tugasan tersebut.
  Tugasan yang perlu dilaksanakan :
   
  Tugasan : 5 tugasan (jawab hanya 4 tugasan). 3 Tugasan hari pertama WAJIB dijawab DAN pilih salah satu tugasan bagi tugasan hari kedua. Kegagalan Tugasan pada mana-mana hari samada hari pertama atau kedua boleh menyebabkan calon KANDAS keseluruhan tugasan.
  Markah   :   100%
  Masa      : Hari Pertama : Tugasan 1   = 1 jam 30 minit
                                          Tugasan 2   = 30 minit
                                          Tugasan 3   = 2 jam
                  Hari Kedua   :  Tugasan 4/5 = 3 jam
   
  Tugasan Hari Pertama (Jawab semua soalan)
  Soalan 1 : Pengukuran aras (minima 200 meter pergi & 200 meter balik)
  Soalan 2 : Dirisiapkan peralatan ukur total station
  Soalan 3 : Trabas (Sekurang-kurangnya 4 garisan trabas dengan jarak minimum 50 meter)
   
  Tugasan Hari Kedua (2 Soalan Jawab 1)
  Soalan  4 : Memancang tanda (Setting Out)
  Soalan 5 : Pengukuran GNSS
   
  Arahan :
   
  Calon diberikan soalan tugasan hari ke-2, pada hari pertama peperiksaan Amali untuk tujuan pengiraan oleh calon.
  Calon WAJIB hadir pada kedua-dua hari tugasan. Kegagalan calon untuk hadir pada salah satu hari tugasan boleh menyebabkan calon KANDAS keseluruhan tugasan.
6. KEPUTUSAN
Lulus / Kandas
7. PENGECUALIAN
Calon-calon yang telah lulus mana-mana kertas tidak perlu mengulangi kertas tersebut.
8. LANTIKAN PEMERIKSA
Pemeriksa dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
9. BAHASA (SOALAN & JAWAPAN)
Bahasa Malaysia
10. KAEDAH PERMOHONAN
Secara dalam talian di portal idb.dbkl.gov.my
11. PUSAT PEPERIKSAAN
Pusat Peperiksaan akan ditetapkan oleh Unit Penilaian Perkhidmatan dan Kompetensi, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
12. KEKERAPAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan diadakan dua (2) kali setahun.
13. TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Enam (6) minggu sebelum tarikh peperiksaan
14. BAHAN RUJUKAN

1.   Kanun Tanah Negara 1965 (Pindaan 2016)

2.   Akta Pengambilan Tanah (Pindaan 2016)

3.   Peraturan Ukur Kadaster 2009

4.   Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) berkaitan dengan semua aspek ukuran kadaster, pengesanan utiliti bawah tanah

5.   Jadual Fee Ukur Kejuruteraan 2001

6.   Garis panduan mengenai pemetaan utiliti bawah tanah- PKPUP Bil 1/2006

7.   Ilmu Ukur Untuk Jurutera, Universiti Teknologi Malaysia

8.  Garis Panduan Mengenai Ujian Alat Sistem Penentududukan Sejagat - PKPUP Bil 1/2008

9.  Garis Panduan Mengenai Sistem Rujukan Koordinat didalam penggunaan GNSS - PKPUP Bil 1/2009

10. Suka GIS, Spatial Infotech