SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29/JA29
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (KOD SKIM : B2271)
 
SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29/JA29
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
(KOD SKIM : B2271)
1. TARIKH SUKATAN PEPERIKSAAN DILULUSKAN OLEH DBKL
01/01/2020
2. MATLAMAT SUKATAN
Menguji kefahaman dan pengetahuan Penolong Juruukur Bahan J29 dalam bidang berkaitan.
3. TUJUAN PEPERIKSAAN
Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pelaksana Gred 29 yang dilantik:
i) Secara Terus
4. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Penolong Juruukur Bahan J29 yang BELUM DISAHKAN DALAM JAWATAN.
5. SUKATAN

KOD SKIM / SUBJEK     KERTAS III - AMALI PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29
     
B2271 / PB272   1.   PENGURUSAN KONTRAK
         a. Penyediaan anggaran kos projek
         b. Bayaran interim (kontraktor utama/sub kontraktor/pembekal/perunding)
         c. Pelarasan wang kos prima, wang peruntukan sementara dan kuantiti sementara dan    
              penyediaan pelarasan harga kontrak
         d. Penyediaan arahan perubahan
                  i. Pengiraan build up rate
                 ii. Penyediaan dokumen-dokumen/borang-borang berkaitan.
         e. Pengiraan Gantirugi Tertentu Dan Ditetapkan (LAD).
         f.  Proses penyediaan tuntutan kerugian.
         g. Proses penyediaan perakuan muktamad (kontraktor utama/sub kontraktor/
               pembekal/perunding)
     
    2. PENGUKURAN KUANTITI BANGUNAN DAN SIVIL
         a. Kerja Kerja Bangunan
             (i) Penyediaan tapak bina dan kerja di sekitar bangunan
                      -   Penyediaan tapak bina dan kerja tanah
                      -   Kerja-kerja lanskap
                      -   Jalan, dataran kejat, laluan pejalan kaki dan tempat letak kereta
                      -   Pagar dan pintu pagar
                      -   Saliran air permukaan dan pembetung
                      -   Pembetungan termasuk lurang dan tangki najis
                      -   Laluan berbumbung
                      -   Kerja meroboh
     
           (ii) Kerja Bangunan
                     -   Kerja ubahsuai / baikpulih / menaiktaraf
                     -   Kerja substruktur termasuk asas tapak konkrit bertetulang dan kerja cerucuk
                         (kayu dan konkrit bertetulang)
                     -   Kerja batu-bata dan batu blok
                     -   Kerja superstruktur konkrit bertetulang
                     -   Kerja batu-bata dan batu blok
                     -   Kerja bumbung termasuk kekuda bumbung kayu, keluli dan berbagai
                         jenis penutup bumbung dan kemasan siling
                     -   Kerja pertukangan kayu dan tanggam
                     -   Kerja keluli dan logam
                     -   Kerja melepa, mengubin dan menjubin
                     -   Kerja paip bekalan air, pemasangan kelengkapan kebersihan dan
                          sistem saliran kotoran bangunan
                     -   Kerja pemasangan kaca
                     -   Kerja mengecat
                     -   Penyediaan jadual bagi lurang, takungan, saliran, kelengkapan pembersihan,
                         kelengkapan pintu / tingkap, mengecat dan kemasan
     
         b. Kerja-Kerja Sivil
                     -   Kerja Tanah
                     -   Kerja Penyediaan Tapak dan Meroboh
                     -   Sistem   perparitan, pembetungan dan takungan konkrit bertetulang
                     -   Kerja jalan dan pintasan bawah tanah
                     -   Kerja cerun
                     -   Jambatan konkrit bertetulang
                     -   Jejambat, struktur penahan air, jeti dan lain-lain kerja marin yang mudah
                     -   Laluan pejalan kaki
     
         c. Kerja-Kerja Penyenggaraan
                      -   Penyenggaraan bangunan, landskap,kerja awam, pembersihan sungai, parit
                          dan cerun
     
    Soalan yang perlu dijawab :
     
    Soalan    :   1 (Taking-off / Pengiraan)
    Markah   :   100%
    Masa      :   3 Jam
     
    Arahan :
     
    Calon-calon perlu membawa Standard Method Measurement (SMM), pembaris skala dan kalkulator.
    * Calon-calon dibenarkan merujuk bahan-bahan bacaan / rujukan semasa peperiksaan kecuali yang dibenarkan sahaja.
     
6. KEPUTUSAN
Lulus / Kandas
7. PENGECUALIAN
Calon-calon yang telah lulus mana-mana kertas tidak perlu mengulangi kertas tersebut.
8. LANTIKAN PEMERIKSA
Pemeriksa dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
9. BAHASA (SOALAN & JAWAPAN)
Bahasa Malaysia
10. KAEDAH PERMOHONAN
Secara dalam talian di portal idb.dbkl.gov.my
11. PUSAT PEPERIKSAAN
Pusat Peperiksaan akan ditetapkan oleh Unit Penilaian Perkhidmatan dan Kompetensi, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
12. KEKERAPAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan diadakan dua (2) kali setahun.
13. TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Enam (6) minggu sebelum tarikh peperiksaan