SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PENOLONG PEGAWAI SENIBINA J29/JA29
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (KOD SKIM : B2251)
 
SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PENOLONG PEGAWAI SENIBINA J29/JA29
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
(KOD SKIM : B2251)
1. TARIKH SUKATAN PEPERIKSAAN DILULUSKAN OLEH DBKL
01/01/2020
2. MATLAMAT SUKATAN
Menguji kefahaman dan pengetahuan Penolong Pegawai Senibina J29 dalam bidang berkaitan.
3. TUJUAN PEPERIKSAAN
Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pelaksana Gred 29 yang dilantik:
i) Secara Terus
4. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Penolong Pegawai Senibina J29 yang belum disahkan dalam jawatan.
5. SUKATAN

KOD SKIM / SUBJEK KERTAS III - AMALI PENOLONG PEGAWAI SENIBINA J29
   
B2251 / PS252 1.   Amalan Proses Kerja
        Kertas soalan ini bertujuan menguji kecekapan dan kemahiran calon mengenai proses kerja harian di Jabatan Pelaksanaan
        Projek dan Penyelenggaraan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Soalan adalah berbentuk 'real life work
        assignment' berdasarkan kepada 10 bidang pengkhususan iaitu:
      
        a.   Proses Penyediaan Lukisan Persembahan
        b.   Proses penyediaan Lukisan Pembinaan
        c.   Proses kerja Pemuliharaan Bangunan
        d.   Proses Penyediaan Dokumen
        e.   Proses penyediaan draf garis panduan
        f.    Proses kerja Kelulusan Pelan Bangunan
        g.   Proses Penyelarasan Dengan Pihak Utiliti
        h.   Proses kerja Penguatkuasaan Bangunan
        i.    Proses kerja Pemeriksaan Berkala
        j.    Proses pemantauan & pengurusan data
        k.   Proses Pengurusan Projek
        l.    Proses Pengurusan Tapak Bina dan Keselamatan Tapak
        m.  Proses Penyerahan Projek Siap
        n.   Proses Pasca Projek Siap 
   
  Soalan yang perlu dijawab:
   
  Soalan    :   5 jawab 1
  Markah   :   100%
  Masa      :   4 Jam
   
  Arahan :
   
  1. Calon disediakan terminal komputer setiap seorang dan beberapa pencetak berwarna untuk digunakan secara berkongsi.
      Tempoh masa percetakan adalah setelah tempoh masa peperiksaan tamat.
  2. Calon dibekalkan data dan maklumat format laporan / kenyataan bertulis, lukisan / lakaran, rajah / jadual dan gambar
      dalam bentuk digital atau 'hardcopy'.
  3. Calon dibenarkan menyediakan jawapan dalam FORMAT kombinasi laporan bertulis, lukisan / lakaran, rajah / jadual
      dan gambar.
  4. Calon hanya dibenarkan menyediakan jawapan dalam bentuk DIGITAL dengan menggunakan kombinasi perisian-perisian
       Microsoft Word 2007, Microsoft Excel 2007, Sketchup, Fastcad dan AutoCad sahaja.
  5. Di akhir tempoh peperiksaan, calon dikehendaki mencetak hanya 1 salinan berwarna sahaja.
6. KEPUTUSAN
Lulus / Kandas
7. PENGECUALIAN
Calon-calon yang telah lulus mana-mana kertas tidak perlu mengulangi kertas tersebut.
8. LANTIKAN PEMERIKSA
Pemeriksa dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
9. BAHASA (SOALAN & JAWAPAN)
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
10. KAEDAH PERMOHONAN
Secara dalam talian di portal idb.dbkl.gov.my
11. PUSAT PEPERIKSAAN
Pusat Peperiksaan akan ditetapkan oleh Unit Penilaian Perkhidmatan dan Kompetensi, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
12. KEKERAPAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan diadakan dua (2) kali setahun.
13. TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Enam (6) minggu sebelum tarikh peperiksaan