SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PENOLONG PEGAWAI SENIBINA J29/JA29
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (KOD SKIM : B2251)
 
SUKATAN PEPERIKSAAN Perkhidmatan BAGI PENOLONG PEGAWAI SENIBINA J29/JA29
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
(KOD SKIM : B2251)
1. TARIKH SUKATAN PEPERIKSAAN DILULUSKAN OLEH DBKL
01/01/2020
2. MATLAMAT SUKATAN
Menguji kefahaman dan pengetahuan Penolong Pegawai Senibina J29 dalam bidang berkaitan.
3. TUJUAN PEPERIKSAAN
Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pelaksana Gred 29 yang dilantik:
i) Secara Terus
4. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Penolong Pegawai Senibina J29 yang belum disahkan dalam jawatan.
5. SUKATAN

KOD SKIM / SUBJEK KERTAS II - SUBJEK JABATAN PENOLONG PEGAWAI SENIBINA J29
   
B2251 / PS251 1.   Aplikasi Perundangan, Peraturan Dan Garis Panduan
        Kertas soalan ini bertujuan menguji kecekapan dan kemahiran calon mengenai pengetahuan, pemahaman dan aplikasi 
        perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan bangunan dalam proses kerja harian di
        Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
      
        Ruang lingkup soalan adalah berdasarkan kepada tetapi tidak terhad dari perundangan, peraturan dan garis panduan
        terkini dan terpakai seperti berikut :
        a.   Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
        b.   Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
        c.   Undang-Undang Kecil Bangunan 1984
        d.   Akta OKU 2008, MS 1184 (2014) Pindaan 2017
             Garis Panduan Rekabentuk dan Penggunaan Bahan Kemasan Telus Air Untuk Tempat Letak Kereta Terbuka
             Beserta Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) Bagi Pembangunan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
        e.   Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020
        f.   Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020
        g.   Dokumen Kontrak Kerja 203 / 203A
   
  2.   Aplikasi Teknologi Bangunan
        Kertas ini bertujuan menguji kecekapan dan kemahiran calon mengenai pengetahuan, pemahaman dan aplikasi
        perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan bangunan dalam proses kerja harian
   
        Ruang lingkup soalan adalah berdasarkan kepada tetapi tidak terhad dari aspek bangunan dan teknologi-teknologi
        berkaitan terkini dan terpakai seperti berikut :
        a.   Rekabentuk Bangunan dan Struktur binaan
        b.   Teknologi Pembinaan Bangunan
        c.   Teknologi Sistem Servis Bangunan
        d.   Spesifikasi bahan, kelengkapan dan kemasan bangunan
        e.   Pemahaman dan penggunaan perisian komputer dalam penyediaan Lukisan Perincian dan Persembahan
         f.   Pemahaman Teknologi terbaru iaitu IBS, Low Carbon dan Green Technology
   
  Soalan yang perlu dijawab:
   
  Soalan    :   8 jawab 5 (Esei)
  Markah   :   100%
  Masa      :   2 Jam 30 minit
   
  Arahan :
   
  * Calon-calon tidak dibenarkan merujuk bahan-bahan bacaan / rujukan semasa peperiksaan.
   
6. KEPUTUSAN
Lulus / Kandas
7. PENGECUALIAN
Calon-calon yang telah lulus mana-mana kertas tidak perlu mengulangi kertas tersebut.
8. LANTIKAN PEMERIKSA
Pemeriksa dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
9. BAHASA (SOALAN & JAWAPAN)
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
10. KAEDAH PERMOHONAN
Secara dalam talian di portal idb.dbkl.gov.my
11. PUSAT PEPERIKSAAN
Pusat Peperiksaan akan ditetapkan oleh Unit Penilaian Perkhidmatan dan Kompetensi, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
12. KEKERAPAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan diadakan dua (2) kali setahun.
13. TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Enam (6) minggu sebelum tarikh peperiksaan