Kuasai Aura Sihat

Besempena sambutan Hari Wanita pada 8 Mac lalu IDB telah mengadakan seminar khas bertajuk “Wanita Bekerjaya : Cantik, Selamat dan Berjaya” bagi menghargai sumbangan pekerja wanita kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu juga, bagi memeriahkan seminar, IDB telah menjemput agensi kerajaan seperti Biro Bantuan Guaman, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Klinik Penyusuan Ibu HUKM dan beberapa agensi swasta untuk mengadakan pameran berkaian dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia 2015

Antara penceramah yang dijemput khas ialah Duta Produk Kecantikan Sendayu Tinggi Pn. Rozita Binti Ibrahim, Master Saiful pengajar seni mempertahankan diri wanita dan Ustazah Isfadiah Binti Mohd Dasuki pensyarah & pakar motivasi.