Selamat datang ke Portal Rasmi Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)

Selaras dengan peredaran masa, DBKL seboleh mungkin turut mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sistem penyampaian perkhidmatannya. Kecanggihan teknologi terkini memungkinkan sesuatu perkhidmatan itu diberikan dengan pantas, cekap dan tepat. Portal Rasmi IDB  ini adalah salah satu pendekatan yang diwujudkan oleh DBKL bagi mencapai matlamat tersebut.

Portal Rasmi IDB ini tidak hanya berfungsi sebagai satu cara penyampaian maklumat kepada para pelanggan tetapi ia juga menjadi salah satu saluran penerimaan maklum balas yang cepat dan efektif. Ia memudahkan interaksi di antara IDB dengan pelanggannya, terutama dalam membantu mereka memahami secara lebih jelas tentang perkhidmatan yang diberikan serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di IDB.

IDB akan terus berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti Portal Rasmi ini demi memudahkan urusan para pelanggannya. Oleh yang demikian IDB amat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan pandangan yang membina bagi memantapkannya.

YBhg. Datuk Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz
Datuk Bandar Kuala Lumpur

TOP
Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support
X