OBJEKTIF IDB

Latihan

Melatih dan memperlengkapkan warga kerja DBKL sebagai contoh terbaik

Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, responsif dan menepati keperluan fungsi DBKL selari dengan dasar / polisi semasa kerajaan dengan memberi penekanan kepada realiti sebenar isu perbandaran

Pendedahan

Memberi pendedahan antarabangsa bagi membuka peluang warga kerja DBKL membina jaringan perhubungan profesional yang lebih luas

Matlamat

Menjadi pusat rujukan, pusat perkongsian ilmu pengetahuan, forum pertukaran maklumat dan amalan kerja terbaik untuk Pihak Berkuasa Tempatan

Informasi mengenai sejarah pembangunan Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) dan taraf pemodenan

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan. Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

TOP
Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support
X