Syarat-Syarat Tempahan Fasiliti

  1. PERMOHONAN
    1. ‚ÄčTempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) bulan dari tarikh penggunaan.
    2. Dimaklumkan bahawa waktu untuk raptai dijalankan adalah mengikut waktu pejabat sahaja (8.00 pagi - 5.00 petang).
  2. BAYARAN SEWA
    1. Bayaran penyewaan perlu dijelaskan dalam tempoh 1 (satu) bulan dari tarikh penggunaan.
    2. Pembayaran hendaklah dibuat dikaunter-kaunter DBKL dan mengemukakan resit pembayaran yang asal (1 salinan hendaklah diserahkan kepada IDB) sebagai bukti pembayaran.
  3. WANG CAGARAN
    1. Bayaran cagaran (deposit) perlu dijelaskan bersama dengan bayaran sewaan.
    2. Wang cagaran akan dirampas sepenuhnya sekiranya terdapat kerosakan yang disahkan berlaku akibat daripada aktiviti yang dijalankan termasuk kerosakan dan kekotoran yang ditinggalkan oleh pihak katerer.
    3. Bayaran tambahan akan dikenakan bagi baki nilai kerosakan yang melebihi nilai wang cagaran.
    4. Wang cagaran akan dikembalikan dalam tempoh satu (1) bulan tertakluk kepada pengesahan tiada kerosakan.
  4. PEMBATALAN TEMPAHAN
    1. Pihak IDB berhak membatalkan tempahan/sewaan sekiranya :
      1. Gagal mengemukakan bayaran sewaan dalam tempoh yang ditetapkan.
      2. Terdapat penganjuran atau aktiviti utama anjuran DBKL.
      3. Berlaku kerosakan yang diluar jangkaan atau kerja-kerja baikpulih.
      4. Pembatalan bagi perkara i akan menyebabkan wang cagaran dirampas tanpa sebarang notis.
      5. Sekiranya berlaku pembatalan untuk perkara ii dan iii, wang cagaran akan dikembalikan dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pembatalan.
    2. Pihak Penyewa/Pengguna
      1. Penyewa dikehendaki mengemukakan surat pembatalan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penggunaan yang ditempah. Kegagalan memaklumkan pembatalan tempahan dalam tempoh tersebut akan menyebabkan wang cagaran dirampas tanpa sebarang notis.
  5. SEWAAN KEPADA PIHAK KETIGA 
    1. Penyewa samada orang perseorangan/persatuan/organisasi adalah dilarang sama sekali menyewakan fasiliti IDB kepada pihak ketiga.
    2. Tindakan tatatertib akan diambil serta merta sekiranya terdapat bukti berlakunya kesalahan tersebut.
  6. TEMPAT LETAK KERETA
    1. Tempat Letak Kereta yang disediakan adalah berjumlah 100 petak (basement). Penyewa perlu memastikan supaya tidak berlaku kesesakan lalu lintas dalam tempoh penyewaan.
  7. PEMUNGGAHAN BARANGAN
    1. Bagi tujuan persiapan, waktu pemunggahan yang dibenarkan adalah pada tarikh penggunaan atau sehari sebelum tarikh penggunaan iaitu selepas jam 6 petang.
    2. Penyewa perlu mengosongkan tempat selewat-lewatnya jam 10 malam pada hari yang sama.
    3. Penyewa hendaklah menggunakan kawasan yang dikhaskan sahaja menggunakan lif kargo untuk urusan pemunggahan barang-barang.
  8. KEBERSIHAN
    1. Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebersihan tempat penyewaan selepas selesai program dan pihak IDB berhak merampas wang cagaran sekiranya tahap kebersihan tempat penyewaan tidak memuaskan sehingga menyebabkan lialibiti kepada IDB.
  9. TANGGUNGAN PENYEWA
    1. Penyewa adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini sepanjang tempoh penyewaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat tuntutan daripada mana-mana pihak yang terlibat.
Kaedah Pembayaran
  • Melalui Kaunter
 Saya bersetuju dengan syarat-syarat berikut.